PENILAIAN BOSS PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2017

TARIKH : 17 OGOS 2017


Pada kira-kira jam 3.00 petang, SMK Kabong dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada pegawai JPN Sarawak iaitu Encik Atang Bin Let dan Encik Mohd Radzman Bin Abdullah serta pegawai PPD Saratok iaitu Encik Mohd Tarmimie Bin Hj. Ali dan Encik Zulkarnain Bin Ahmad untuk penilaian BOSS peringkat negeri Sarawak. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.






Ketibaan pegawai-pegawai daripada JPN Sarawak dan PPD Saratok disambut oleh AJK Unit SPBT



Taklimat ringkas berkaitan BOSS SMK Kabong









Proses penilaian dilakukan dengan teliti oleh pegawai terlibat



Bergambar bersama Pegawai JPN Sarawak dan Pegawai PPD Saratok sebagai memori indah dalam ingatan warga unit SPBT SMK Kabong


Alhamdulillah dengan ini maka berakhirlah penilaian BOSS peringkat negeri Sarawak bagi tahun 2017 untuk BOSS SMK Kabong. Dengan perkongsian ilmu diharap unit SPBT ini dapat bergerak dengan lebih efisien dan dinamik bagi melancarkan perjalanan pengurusan SPBT disamping memberikan khidmat yang cemerlang kepada pelajar SMK Kabong. 
              Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Buku Teks JPN Sarawak, PPD Saratok dan warga SMK Kabong dengan bantuan dan kerjasama yang padu kepada unit ini. Diharap kita semua dapat lebih berusaha keras bagi mentransformasikan unit SPBT SMK Kabong ke satu tahap yang membanggakan.

Comments

Popular posts from this blog

LAPORAN AKTIVITI SPBT 2017

SEJARAH SMK KABONG