SEJARAH SMK KABONG
SEJARAH SMK KABONG
SMK Kabong pada
awalnya hanya mempunyai 14 buah bilik darjah dan menawarkan pendidikan sehingga
Tingkatan 3. Bilangan pelajar yang bertambah menyebabkan pertambahan kelas dari
14 ke 22 buah kelas pada tahun 1995. Bagi mengatasi masalah kekurangan bilik
darjah, Jabatan Pelajaran Negeri telah membiayai pembiayaan dua blok kelas.
Pertambahan kelas ini juga disebabkan oleh penawaran Tingkatan 4 dan Tingkatan
5 pada tahun 1995.
Pada tahun 2002,
SMK Kabong telah menerima kumpulan pertama pelajar Tingkatan 4 aliran Sains
Tulen dan bermula pada tahun 2009, SMK Kabong telah menerima kemasukan pelajar
Tingkatan 6 Rendah dan 8 buah kelas Tingkatan 1 bagi menampung kemasukan
pelajar yang semakin meningkat. Kekurangan bilik kelas untuk menampung
pertambahan bilangan pelajar telah membawa kepada dua sesi persekolahan di SMK
Kabong. Pada tahun 2011, sebuah kelas peralihan telah diwujudkan dan pada tahun
2012 sebuah kelas Pendidikan Khas telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan
murid-murid Pendidikan Khas untuk melanjutkan pelajaran.
Pendidik SMK Kabong
|
|||
Comments
Post a Comment