TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN


Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks diberikan kepada pelajar seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga wajar memupuk rasa sayang akan buku teks dan menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu guru kelas mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut :-
  1. Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT
  2. Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak borang kelayakan murid  (Borang SPBT 1 )
  3. Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks daripada plajar.
  4. Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks daripada pelajar.
  5. Memastikan pelajar menggantikan buku teks yang dihilangkan  / dirosakkan oleh mereka.
  6. Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baik.
  7. Memastikan murid membalut buku teks dan melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang disediakan pada buku teks.
1)      Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT.
Dibawah perkara ini guru-guru tingkatan dikehendaki :
·         Mematuhi tarikh dan masa pengagihan serta pemulangan buku teks berdasarkan surat pekeliling  sekolah yang diedarkan.
·         Menyimpan dan mengemaskini semua maklumat dan data-data berkaitan pelajar kelas masing-masing dalam fail yang disediakan oleh unit BOSS.
·         Menyiapkan dan melengkapkan semua maklumat pelajar dan bahan-bahan berkaitan dengannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SPBT.
·         Mematuhi prosedur dan peraturan yang telah disusun atur untuk melicinkan proses peminjaman dan pemulangan buku teks tanpa prejudis dan membuat prosedur sendiri yang menyulitkan pelbagai pihak.
·         Tidak menyerahkan tanggungjawab semasa proses peminjaman dan pemulangan buku teks kepada ketua kelas untuk diuruskan bagi pihak guru kelas.
·         Mengambil serius soal agihan, pinjaman dan pengurusan buku teks ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
2)      Mengeluarkan, mengumpul dan menyemak Borang SPBT 1 dan SPBT 2
Di bawah perkara ini, guru-guru tingkatan dikehendaki :-
·         Mengedar dan mengumpul borang kepada pelajar.
·         Mengetahui jenis borang SPBT yang perlu diserah oleh pelajar kepada guru tingkatan.
·         Borang SPBT 1 diisi oleh pelajar yang ibu bapa mereka bukan warga pendidik manakala SPBT 2 diisi oleh pelajar yang ibu bapa mereka adalah warga pendidik dan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
·         Menyemak borang SPBT 1 dan SPBT 2 ditandatangani oleh ibu bapa dan pengesahan telah dibuat oleh pihak majikan atau ketua kampung borang SPBT 1 dan SPBT 2 dikumpul dan disimpan dalam fail yang disediakan oleh unit Pengurusan SPBT.
·         Memastikan buku teks SPBT dicop dengan menggunakan cop SPBT dan mencatatkan tarikh penerimaan.
·         Menguruskan pelupusan buku teks dari semasa ke semasa.
·         Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa SPBT sekolah, Jawatankuasa kelayakan murid dan Jawatankuasa Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks sekolah.
·         Melaporkan kepada Guru Penolong Kanan 1 atau Penolong Kanan HEM sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya.
·         Merancang dan mengurus baik pulih buku teks.
3)      Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks daripada plajar.
Di bawah ini, guru-guru tingkatan dikehendaki :-
I.                   Mematuhi prosedur proses pengagihan dan pemulangan buku teks seperti yang telah ditetapkan oleh pengurusan SPBT.
II.                Tatacara pengambilan buku teks dari bilik BOSS :-
·         Mengarahkan pelajar mengisi “Borang Agihan” atau “ Borang Kutipan Buku Teks” iaitu ruangan “No Siri” dan “Ambil” dan mengutip semula borang berkenaan pada hari itu juga.
·         Menyata dan mencatatkan jumlah buku yang diperlukan mengikut jadual dalam borang pengambilan buku teks berdasarkan bilangan pelajar di dalam kelas berkenaan.
·         Borang pengambilan buku teks hendaklah dibawa bersama guru kelas ketika mengambil buku dari bilik BOSS.
·         Guru tingkatan diminta hadir bersama wakil pelajar untuk mengambil buku yang telah dipesan mngikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT. Buku teks tidak akan diberi tanpa kehadiran guru.
·         Proses penyerahan buku teks kepada pelajar hendaklah direkodkan di dalam Borang SPBT G
·         Senarai semak agihan buku :-
BORANG AGIHAN BUKU TEKS
BORANG SENARAI NAMA PELAJAR
BORANG AGIHAN / KUTIPAN BUKU TEKS
BORANG SPBT G
4)      Tatacara pemulangan buku teks :-
·         Guru Tingkatan bertanggungjawab penuh atas kelicinan proses penghantaran buku ke Bilik SPBT.
·         Proses pemulangan buku teks mestilah melalui guru tingkatan sebelum buku tersebut diserahkan ke bilik BOSS mengikut judul Buku.
·         Pastikan pelajar membuka semua ikatan buku dan buku-buku yang dihantar mestilah dibalut dengan sempurna.
·         Guru diminta menyelesaikan urusan pungutan buku teks di kelas masing-masing.
·         Guru tingkatan bertanggungjawab memaklumkan kepada pelajar yang menghilangkan buku iaitu mereka boleh menggantikan buku yang hilang dengan “BUKU BARU” atau “BAYAR TUNAI”. Urusan gantian sama ada “GANTI BUKU” atau “BAYAR TUNAI” (akan diberikan resit ) hendaklah dibuat dengan setiausaha SPBT / Penolong Setiausaha SPBT dibilik SPBT (BOSS)
·         Menyerahkan samula Borang Agihan / Kutipan Buku Teks kepada pelajar untuk ditanda ruangan “HANTAR”
·         Guru diminta menyemak semula ruang “hantar” si “Borang Agihan Kutipan Buku Teks Pelajar “.
·         Mengisi “Borang Senarai Nama Pelajar Tidak Hantar Buku Teks” setelah analisa “ Borang Agihan / Kutipan Buku Teks Pelajar “ dibuat.
·         Pastikan semua pelajar mengisi dan menandatangani “Borang SPBT G” semasa pungutan buku dibuat.
·         Guru Tingkatan juga dikehendaki menandatangani “Borang SPBT G” di ruangan yang dikhaskan.
·         Senarai semak kutipan buku :-
BORANG AGIHAN BUKU TEKS
BORANG SENARAI NAMA PELAJAR
BORANG AGIHAN / KUTIPAN BUKU TEKS
BORANG SPBT G
5)      Mengisi Borang SPBT dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks daripada pelajar.
Di bawah perkara ini, guru-guru kelas dikehendaki :-
·         Memahami bahawa borang SPBT G adalah dokumen rasmi kerajaan dan mesti dipenuhi dengan lengkap setiap ruangan yang ada dalam borang tersebut.
·         Antara maklumat penting yang perlu dilengkapkan di dalam borang ini ialah :-
1.      Tahun semasa
2.      Jumlah buku yang diterima
3.      Tandatangan guru dan nama
4.      Tandakan ___/ pada ruangan judul buku yang diberi
5.      Tandakan ___/ pada ruangan judul buku yang dipulangkan.
6.      Catat naskah yang diberi kepada pelajar
7.      Pelajar wajib menandatangani ruangan penerimaan dan pemulangan yang disediakan serta tarikh.


6)      Memastikan pelajar menggantikan buku teks yang dihilangkan dirosakkan oleh mereka.
Di bawah perkara ini, guru-guru kelas dikehendaki :-
·         Mengambil tindakan tegas terhadap pelajar berkenaan dengan mencatat nama dalam borang yang disediakan iaitu borang kesalahan dan denda.
·         Mengenakan denda merit serta diserahkan nama pelajar berkenaan kepada unit disiplin.
·         Memaklumkan kepada pelajar harga buku yang dihilangkan atau dirosakkan untuk diganti atau dibayar mengikut harga buku tersebut.
·         Tidakmemberi kemudahan pinjaman untuk tahun-tahun akan datang sekiranya gagal melangsaikan denda atau menggantikan buku yang dirosakkan atau dihilangkan
7)      Memastikan buku teks di tangan pelajar dijaga dengan baik
Di bawah perkara ini, guru-guru tingkatan dikehendaki :-
I.                   Memaklumkan kepada pelajar surat pekeliling sekolah – peraturan dan syarat-syarat pinjaman buku teks di bawah SPBT
II.                Antara peringatan yang perlu diberitahu kepada pelajar-pelajar :-
·         Membalut buku dengan pembalut plastik
·         Tidak menggunakan stapler
·         Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
·         Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
·         Tidak memberi pinjam kepada orang lain.
·         Memastikan buku sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.
·         Didenda atau menggantikan buku-buku yang hilang atau rosak.
·         Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan
·         Mengembalikan buku teks apabila berhenti sekolah
·         Tidak merosakkan barkod dengan baik
·         Menjaga cardboard dengan baik.
III.             Merujuk pekeliling sekolah berhubung penjagaan buku teks.
8)      Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang disediakan pada buku teks.
Dibawah perkara ini guru-guru kelas dikehendaki :-
·         Menyemak dan memastikan pelajar melengkapkan nama dan tingkatan yang betul pada buku-buku yang dipinjam.
·         Memastikan pelajar tidak membuat sebarang contengan di ruangan untuk maklumat diri.
·         Membuat teguran pada pelajar yang gagal memenuhi maklumat diri pada buku mereka.
9)      Prihatin terhadap perubahan semasa berkaitan dengan SPBT
Di bawah perkara ii guru-guru kelas dikehendaki :-
a)      Peka terhadap perubahan semasa dan prosedur yang ditetapkan pihak pengurusan SPBT.
b)      Perlaksanaan SISTEK SBBT adalah perubahan terkini yang akan dilaksanakan mulai tahun 2008.
c)      Melalui SISTEKS SBBT peranan guru kelas adalah seperti berikut :-
·         Mengedar kad berkod kepada pelajar
·         Memaklumkan kepada pelajar kad barkod agar tidak dihilangkan.
·         Memaklumkan kepada pelajar agar tidak merosakkan buku dan denda harga buku berkenaan akan dikenakan bagi barkod buku yang dirosakkan.
·         Proses peminjaman dan pemulangan akan dilakukan sepenuhnya melalui sistem komputer dan guru kelas akan memantau perjalanan pengambilan buku teks setiap pelajar di dalam kelasnya.
10)  Mengenal pasti jenis borang SPBT
Di bawah perkara ini guru-guru tingkatan dikehendaki :-
a)      Mengenali borang-borang dan surat pekeliling yang berkenaan dengan pengurusan SPBT sebagaimana dilampirkan.
  • Membuat pelupusan buku
  • Menolong guru SPBT / guru penyelaras tingkatan membuat kerja-kerja berikut berdasarkan arahan iaitu mengisi :-
a)      Borang Pengiraan Buku Di Tangan Pelajar (SPBT G) Agihan
b)      Borang Pengiraan Buku Di tangan Pelajar (SPBT G) Kutipan
  • Membantu guru menceriakan BOSS dengan pelbagai cara seperti :-
                                                              i.      Sistem fail SPBT BOSS
                                                            ii.      Sistem buku catatan SPBT BOSS
                                                          iii.      Sistem Dokumentasi Prinsip Perlaksanaan Pengurusan SPBT BOSS
  • Perjumpaan Badan Pengawas SPBT sekolah akan dikekendalikan sepnuhnya oleh ahli Jawatankuasa tertinggi Badan Pengawas SPBT sekolah dengan bimbingan dan pemerhatian oleh unit SPBT diperingkat awalnya.
  • Pengawas SPBT wajib bergiat secara aktif dalam Badan Pengawas SPBT dan Kelab SPBT Sekolah.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS TINGKATAN
  • Memahami, menghayati, dan melaksanakan segala prosedur prinsip pelaksanaan dan pengurusan Unit SPBT sekolah.
  • Bertanggungjawab memaklumkan kepada guru tingkatan segala prosedur prinsip pelaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah dan menjadi pakar rujuk utama kepada tingkatan beliau dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras.
  • Bertanggungjawab mengedar dan memungut sebarang borang SPBT daripada Kementerian, JPN, PPD kepada guru tingkatan untuk diisi oleh guru tingkatan atau pelajar.
  • Bertugas sepenuh masa di bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) semasa jadual Agihan dan Kutipan Buku Teks pelajar tingkatan. Beliau dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras.
  • Menyemak fail SPBT kelas semasa proses agihan atau kutipan di bilik Operasi BOSS
  • Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kelicinan Proses Agihan dan kutipan buku teks pelajar.
  • Melengkap dan mengemaskini borang SPBT G mengikut tahun dan tingkatan.
  • Bertanggungjawab menyelesaikan penghantaran buku pelajar bertukar sekolah.
  • Bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi merampas, mendenda buku-buku rampasan.
  • Melengkap dan mengemaskini buku stok SPBT.
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR / IBU BAPA
1)      Tugas dan tanggungjawab murid
Dalam pelaksanaan SPBT disekolah, kesedaran di kalangan murid dalam menghargai bantuan yang diberikan kepada mereka adalah amat penting. Mereka seharusnya dipupuk dengan rasa kesedaran atas sumbangan yang disediakan oleh kerajaan dalam pendidikan mereka. Oleh itu murid perlu memainkan peranan dengan tugas dan tanggungjawab seperti yang berikut :
i.                    Murid sebagai pengguna buku teks hendaklah menghargai sumbangan kerajaan.
ii.                  Murid hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang akan buku teks dengan cara :
a)      Membalut buku teks
b)      Menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks
c)      Mengembalikan buku teks yang dipinjam pada masa yang ditetapkan
d)     Menggantikan buku teks yang dihilangkan / dirosakkan
iii.                Mengisi maklumt diri yang lengkap sebagai peminjam di ruang yang disediakan  pada cop SPBT.
2)      Tugas dan Tanggungjawab ibu bapa atau penjaga
i.                    Ibu bapa atau penjaga pelajar perlu memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT sekolah demi menghargai bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
ii.                  Ibu bapa seharusnya :
·         Memberikan maklumat yang tepat dan benar dalam pengisian borang kelayakan murid
·         Memastikan buku teks yang dipinjamkan oleh anak/ tanggungan mereka dikembalikan pada masa yang ditetapkan.
·         Menggantikan buku teks yang dihilangkan atau dirosakkan oleh anak / tanggungan mereka.
·         Memastikan anak / tanggungan ibu bapa atau penjaga membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah.
3)      Kerjasama semua pihak.
Kerjasama positif daripada pihak pelajar dan ibu bapa amatlah kami alu-alukan dalam usaha melicinkan lagi sistem pengurusan uit SPBT SMK Kabong menepati piawaian pengurusan yang ditetapkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia.
PERATURAN
a)      Segala fail adalah maklumat sulit
b)      Pelajar juga harus pastikan buku-buku teks yang diterima adalah dari judul dan tingkatan yang betul serta elok keadaannya sebelum meninggalkan bilik SPBT.
c)      Segala peralatan dalam bilik BOSS tidak boleh di bawa keluar tanpa kebenaran guru penasihat.
d)     Peminjaman dan pemulangan buku mesti di bawah pengetahuan guru penasihat.
e)      Tidak dibenarkan membawa pelajar atau rakan bukan pengawas masuk ke bilik BOSS
f)       Tidak dibenarkan membuat bising di bilik BOSS
g)      Suis lampu dan kipas dimatikan sekiranya tiada orang di dalam bilik BOSS manakala kerusi dan meja serta segala peralatan diletakkan di tempat asal setelah digunakan

h)      Segala peraturan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH SMK KABONG

LAPORAN AKTIVITI SPBT 2017