SEJARAH PENUBUHAN BOSS SMK KABONG


Sewaktu pembukaan SMK Kabong pada bulan Desember 1993, sekolah ini  tidak dibekalkan dengan Buku Teks bagi penggunaan pelajar. Untuk mengatasi masalah ini, pihak SPBT SMK Kabong memperoleh buku-buku ini daripada sekolah-sekolah lain di Bahagian Sri Aman.

      Peneraju utama SPBT pada masa itu ialah Encik Bujang Mit anak Banta dibantu oleh Encik Abdul Rahman Badron. Bilik buku teks yang kecil menyukarkan pengurusan SPBT. Setiap hujung tahun, apabila aktiviti pemulangan dan peminjaman buku teks dilakukan, guru yang menyelaras SPBT terpaksa menggunakan sebuah kelas untuk menjalankan operasi tersebut. Manakala buku lebihan akan disimpan ke dalam bilik buku teks.

      Bermula pada tahun 2011, satu transformasi dilakukan dengan pengurusan baharu dan segala mekanisma dipertingkatkan termasuklah dengan penubuhan BOSS. Sistem pemfailan dan pengurusan SPBT dinaiktarafkan. Sebelum penubuhan bilik ini, stor SPBT digunakan untuk menguruskan segala hal berkaitan SPBT. Namun disebabkan keperluan dan bagi melicinkan pentadbiran SPBT sekolah dengan lebih tersusun, maka BOSS yang terletak di bangunan UPSI diwujudkan. Tujuan bilik ini adalah untuk menguruskan hal ehwal SPBT di sekolah ini. Bilik ini digunakan untuk menyimpan dan menguruskan stok dan pelupusan buku teks.

      Setiap tahun, kemasukan pelajar semakin bertambah dan hal ini menyebabkan BOSS tidak dapat menampung jumlah buku yang ada. Oleh itu, penambahan rak di dalam BOSS  dapat menyelesaikan masalah ini. Selain itu, penambahan subjek elektif bagi tingkatan empat menyebabkan sekolah tidak dapat membekalkan buku teks tersebut dalam jangka masa terdekat dan pihak SPBT telah mengambil langkah segera memohon buku lebihan daripada SMK Pusa bagi menampung keperluan SPBT pelajar.







Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH SMK KABONG

LAPORAN AKTIVITI SPBT 2017