LATAR BELAKANG & MATLAMAT SPBT SMK KABONG
LATAR
BELAKANG PROGRAM SPBT
Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT adalah merupakan satu program yang
memberi pinjaman buku teks kepada pelajar yang layak di semua sekolah Kerajaan
dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Program ini terhad kepada ibu bapa pelajar ini
adalah warganegara Malaysia sahaja. Pada tahun 1983, program ini diperluas ke
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Bermula pada tahun 2008 semua pelajar
tidak mengira status kewangan layak menerima bantuan buku teks setelah kerajaan
menggubal dasar memberi buku teks kepada semua pelajar tanpa mengira dari segi
kelayakan. Semua warganegara layak mendapat buku teks.
MATLAMAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Antara matlamat utama
Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan ialah:
1. Program
ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga.
2. Program
ini juga bertujuan untuk memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu
tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
3. Membuktikan
keperihatinan pihak Kerajaan dalam usaha memartabatkan ilmu pengetahuan dalam
kalangan masyarakat.
4. Dapat
mewujudkan daya saing dalam kalangan masyarakat bandar.
5. Memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Comments
Post a Comment